Penggilan untuk melayani sepenuh masa

Saya berasal dari Sabah, saya mula mendapat pangilan melayani Tuhan sepenuh masa pada tahun 1994. Pada ketika itu, pak cik saya yang bernama  Sintung Abungon jatuh sakit dan kekurangan tenaga untuk melakukan untuk beberapa perlayanan. Saya telah mengambil alih perlayanan itu untuk membantu beliau kerana di waktu itu tiada seorang pun yang dapat mengantikan tempat beliau. Sejak dari situ hati saya mula terdorong untuk belajar Alkitab dengan hasrat saya boleh membantu pak cik saya membuat pelayanan di gereja.

Pastor Sintung Abungon tidak pernah belajar alkitab yang lebih mendalam, beliau hanya mengikuti seminar kepimpinan sahaja. Oleh kerana , tiada orang yang boleh mengembala di gereja Baptis Pelita Cahaya Kampong  Sungai Eloi pada masa itu, beliau telah di pilih untuk mengembala. Semasa melayani sebagai pengembala, banyak pertanyaan dan persoalan yang jemaat tanya kadang kala tidak dapat dijawab dengan lebih jelas. Atas sebab itu mendorong saya untuk belajar Alkitab dengan lebih mendalam supaya saya boleh menolong dengan lebih mendalam lagi pengertian alkitab bagi mereka.

Pada tahun 1999-2001, saya belajar di sekolah dasar Teologi di Tawau Sabah sebagai murid persijilan. Selepas itu, saya menyambung belajar di MBTS Baptis Teologia Seminari Malaysia, Pulau Pinang dengan kelulusan sijil Diploma in Ministry 2005-2007. Dari tahun 2016 hingga sekarang, saya masih belajar Teologi di MBTS mengambil program BTH. Saya telah mendengar dari kawan yang BCM mempunyai program Bahasa Malaysia. Secara kebetulan, gereja tempat saya melayani berdekatan dengan sekolah Teologi BCM. Saya mengambil keputusan untuk belajar di BCM hingga sekarang . Tujuan saya mahu melayani sepenuh masa menjadi adalah untuk menjadi alat Tuhan. Kemana sahaja Tuhan membawa  saya, saya siap untuk melaksanakan amanat Agung Tuhan Yesus.